KUCHING: Sarawak akan mengekalkan kawasan liputan hutan seluas 7.64 juta hektar bersama 62 peratus daripada keseluruhan keluasan negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebanyak 71 Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) meliputi keluasan 0.87 juta hektar turut diwartakan bagi melindungi biodiversiti dan habitat hidupan liar. Usaha pemeliharaan itu penting bagi memastikan […]
Jambatan Bandar Lawas dibuka kepada pengguna Jumaat ini
LAWAS: Jambatan ikonik Bandar Lawas akan dibuka kepada pengguna bermula esok (Jumaa), selepas projek itu disahkan siap sepenuhnya dan memperoleh Sijil Perakuan Siap (CPC) pada 15 Oktober lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), Datuk Ismawi Ismuni, berkata pembukaan jambatan itu membolehkan kenderaan awam menggunakannya selepas semua keperluan keselamatan jalan raya dipenuhi. “Ia […]
Sarawak sasarkan lahir 400 graduan perubatan menjelang 2032
KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk melahirkan seramai 400 graduan perubatan menjelang 2032, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah. Katanya, sasaran itu sebagai langkah strategik memperkukuh tenaga profesional kesihatan dan menangani kekurangan doktor, terutama di luar bandar serta pedalaman. “Sasaran itu akan dicapai menerusi pelbagai inisiatif pembangunan modal insan termasuk program Biasiswa Program […]
Dasar Alam Sekitar Sarawak bakal dilancar
KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal melancarkan Dasar Alam Sekitar Sarawak bagi memperkukuh tadbir urus alam sekitar negeri secara lebih menyeluruh dan mampan. Pengawal Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Datu Jack Liam berkata, dasar baharu itu menjadi kerangka strategik bagi memastikan pembangunan ekonomi bergerak seiring dengan perlindungan alam sekitar dan keterangkuman sosial. Menurutnya, dasar berkenaan merangkumi empat bidang […]
Jentera Wanita GPS dijangka dilancar hujung bulan ini
KUCHING: Sebagai persediaan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13, Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) menggunakan pendekatan berterusan mendekati pengundi dan memastikan mereka keluar mengundi pada hari mengundi. Ketua Wanitanya yang juga Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah itu penting bagi mengenal pasti […]
Parti PBB perkukuh kesiapsiagaan jentera pilihan raya
KUCHING: Persiapan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak Ke-13 kini berada pada peringkat lanjutan dengan sebahagian besar gerak kerja awal dilaksanakan. Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, persiapan parti setakat ini berada pada tahap memuaskan meskipun belum mencapai 100 peratus. Menurutnya, […]
Yayasan Sarawak pemangkin pembangunan tenaga profesional
KUCHING: Yayasan Sarawak memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan ekonomi baharu yang dipacu perkembangan teknologi global. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, yayasan berkenaan antara pemangkin pembangunan tenaga profesional negeri sejak penubuhannya 55 tahun lalu. Menurutnya, Yayasan Sarawak berjaya membuka peluang kepada […]
PRU DUN 13: Calon perlu tampil naratif kempen terbaik
KUCHING: Semua calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN Sarawak) ke-13, mesti bersedia dengan naratif kempen terbaik. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, ini khususnya dalam menjelaskan pencapaian serta kejayaan pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak. “Setiap […]
Parti PBB sasar menang semua 47 kerusi – Awang Tengah
KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyasarkan kemenangan di kesemua 47 kerusi yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13. Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kemenangan itu penting bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dilaksanakan. Justeru untuk merealisasikannya, Awang Tengah berkata […]
Parti PBB sebulat suara serah pemilihan calon PRU DUN Sarawak pada Premier
KUCHING: Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebulat suara menyerahkan kepada Yang di-Pertua Parti, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mengemukakan senarai calon-calon daripada parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13. Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas […]
