Year: 2026

Sarawak berpotensi berdepan gelombang banjir hingga Mac

KUCHING: Sarawak ketika ini mungkin menghadapi gelombang fasa pertama banjir dan berpotensi berlarutan dilanda gelombang banjir sehingga sekitar Mac depan. “Ini mungkin fasa pertama banjir. Kita berharap tidak berlaku gelombang seterusnya, namun berdasarkan unjuran, keadaan ini berpotensi berlarutan sehingga sekitar bulan Mac,” menurut Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk […]

Banjir: Mangsa perlu daftar PPS, elak tercicir bantuan

KUCHING: Sarawak memiliki rangkaian kemudahan simpanan bekalan strategik yang lengkap termasuk depoh berskala besar dan mini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Menurutnya, langkah itu bagi memastikan bekalan asas sentiasa tersedia untuk mangsa yang memerlukan. “Sarawak mempunyai sebuah depoh di Limbang, depoh berskala besar di Kuching dan Kota Samarahan, serta […]

Pendaftaran sistem diperkemas, mangsa banjir PPS meningkat

KUCHING: Bahagian Kuching mencatatkan bilangan Pusat Permindahan Sementara (PPS) terbanyak yang dibuka untuk menempatkan mereka yang terjejas banjir. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keseluruhannya terdapat 10 PPS dibuka untuk menempatkan mangsa banjir di seluruh negeri ini setakat pukul 11 pagi, 2 Januari ini. Bercakap pada sidang media di […]

AirBorneo lancar dua penerbangan sulung

KUCHING: AirBorneo memulakan operasi rasminya pada hari ini dengan melancarkan dua penerbangan sulung dari Kuching ke Mukah dan Kuching ke Tanjung Manis sekali gus menandakan langkah baharu dalam pengangkutan udara Sarawak. Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, pelancaran ini merupakan permulaan positif bagi AirBorneo dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat. “Penerbangan pertama […]

Penuhi perkhidmatan berkualiti, AirBorneo teruskan perkembangan berperingkat

KUCHING: AirBorneo dijangka akan meneruskan perkembangan secara berperingkat bagi memastikan perkhidmatan penerbangan berkualiti dinikmati rakyat Sarawak. Menurut Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Pengerusi AirBorneo Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, kejayaan ini memerlukan kerjasama dengan syarikat penerbangan lain dan penggunaan model operasi kolaboratif. “Untuk mencapai tahap terbaik, sokongan daripada rakyat, pihak syarikat dan media adalah sangat […]

TMM2026: Sarawak mulakan kempen di sembilan lokasi sambutan

KUCHING: Sarawak memulakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dengan sambutan ketibaan pelawat di Balai Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini. Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau menyifatkan inisiatif itu mencerminkan kesiapsiagaan Sarawak menerima pelawat domestik dan antarabangsa. “Bagi Sarawak, aktiviti […]

Banjir: Lima PPS dibuka, beri kerjasama pada agensi terlibat

KUCHING: Setakat ini sebanyak lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar bandar raya ini. Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini melibatkan Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Sinar Budi Baru, Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu, Dewan Taman Malihah serta Surau […]

Projek bina jajaran jalan baharu ke Kampung Sawai dijangka bermula 2026

DARO: Pembinaan jajaran jalan baharu menghubungkan ke Kampung Sawai yang diluluskan peruntukan berjumlah RM65 juta dijadual bermula tahun ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, jajaran itu disifatkan sebagai projek berimpak tinggi yang bakal meningkatkan tahap perhubungan serta akses penduduk luar bandar. Selain itu, ia menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi setempat. […]