KOTA SAMARAHAN: Seramai 296 penerima menerima surat hak milik tanah dan 164 lagi menerima cek pampasan projek pembangunan bagi Bahagian Samarahan di Auditorium Intan, di sini, hari ini.
Surat milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) terbabit bagi Seksyen 13 dan 18 Kanun Tanah Negeri dan cek pampasan
itu membabitkan jumlah keseluruhan RM19.28 juta.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan surat milik tanah dan cek pampasan itu.
Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, pelbagai projek pembangunan mega dijangka dilaksanakan di Samarahan seperti pelabuhan dan lapangan terbang.
Beliau juga mengingatkan pemilik tanah NCR agar tidak menjual tanah untuk kebaikan masa hadapan mereka.
