KUCHING: Sebanyak 30 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka sudah dimuktamad bagi dilaksanakan pada tahun depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, keseluruhan peruntukan projek itu berjumlah RM5 juta.
“Kita harapkan pelaksanaan kesemua 30 projek RTP itu pada tahun depan akan berjalan lancar,” katanya.
Mohamad Duri berkata, kesemua projek RTP ini bakal memberi manfaat kepada penduduk kampung dan rumah panjang serta sekolah di kawasan DUN Kalaka.
Sementara itu, kursus penyediaan senarai RTP Bahagian Betong bagi tahun 2025 telah berlangsung di bandaraya Kuching.
Ia dihadiri Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, ADUN Krian, Friday Belik dan ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.
