MUKAH: Mangsa kebakaran rumah di Kampung Matadeng Kecil (Badengan) menerima sumbangan berupa makanan dan barang keperluan asas, di sini, hari ini.
Sumbangan kepada mangsa, Yusuf Sahad itu daripada Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib.
Beliau turut menyumbang kerja-kerja baik pulih rumah yang diwakilkan Almalhakim Norshidi dan kakitangan Pusat Khidmat P213 Mukah serta Sukarelawan P213 Mukah.
Hanifah berharap mangsa tabah menghadapi ujian dan sumbangan itu dapat meringankan beban mereka.
Beliau turut menyaran agar pihak lain turut tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.
