KUCHING: Seramai 416 pelajar baharu Kolej SIDMA Sarawak menghadiri Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu semalam.
Majlis tersebut diadakan di Dewan Toh Puan Hajjiah Dayang Masniah, Bangunan PASBK Jalan Datuk Ajibah Abol di sini.
Dean of School of Education & Humanities Universiti Tun Abdul Razak(UNIRAZAK), Nur Liyana Mohd Nazli merasmikan majlis itu yang diketuai oleh Essis Andrian Henry.
Pelajar baharu terbabit bagi kemasukan November 2024 sehingga pengambilan khas November 2025 dalam pelbagai bidang bagi program sijil kemahiran Malaysia, pra ijazah, diploma dan ijazah sarjana muda.
