Ekspo Pendidikan beri input program universiti milik Kerajaan Sarawak

LUNDU: Perasmian Ekspo Pendidikan Sarawak 2025 diadakan serentak di 43 lokasi seluruh Sarawak termasuk Daerah Lundu hari ini.

Ekspo itu dirasmikan secara atas talian oleh Premier Sarawak , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dari Universiti Teknologi Sarawak di Sibu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan menggesa semua di Daerah Lundu untuk menerokai ekspo yang memberi pendedahan pelbagai program di universiti milik Kerajaan Sarawak terbabit termasuk pelajar lepasan sekolah.

“Ia membuka jendela minda untuk mengorak lebih jauh termasuk hala tuju anak-anak pelajar lepasan sekolah menengah yang telah menamatkan persekolahan mereka,”katanya.

Hadir sama , Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Bahron Othman, Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha, Wakil Pengarah Yayasan Sarawak, Dacy Minus dan Ketua Kampus CENTEXS Lundu ,Dr Nor Ashikin Abdul Rahman.