KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) komited meneruskan pembinaan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan Lebuhraya Trans Borneo sebagai pemacu utama integrasi Borneo dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu KKR turut menyokong projek infrastruktur luar bandar, yang menyasarkan pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 kilometer (km) menjelang 2030, berbanding 2,436km pada 2024.
“Penambahbaikan turut merangkumi jalan kampung, sistem saliran dan utiliti asas khususnya di kawasan FELDA, FELCRA dan wilayah pembangunan luar bandar,”katanya menggulung perbahasan RMK-13 bagi KKR di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menurut Alexander, statistik pelaksanaan projek di bawah JKR menunjukkan bahawa sejumlah 2,277 projek keseluruhan di mana 863 daripadanya masih dalam pembinaan.
Bagi tahun 2025, sebanyak 164 projek yang telah disiapkan, yang mana 33 projek iaitu 20.12% daripadanya telah siap awal dari tarikh siap asal, katanya.
Manakala, bilangan projek sakit sehingga kini, tambahnya, adalah sebanyak 58 projek berbanding 863 projek dalam pembinaan iaitu bersamaan dengan 6.72%.
KKR turut komited untuk memastikan segala projek yang dilaksanakan agar siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan lebih baik lagi jika projek-projek tersebut dapat disiapkan,
Selaras dengan RMK-13 dan Dasar Pembinaan Negara 2030, pelaksanaan BIM adalah satu keperluan strategik bagi memastikan infrastruktur lebuh raya yang lebih pintar, selamat, dan mampan.
Beliau berkata, kajian kes Lembaga Pembangtunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) membuktikan IBS lebih efektif bagi projek perumahan kerana faktor skala ekonomi — unit yang banyak dan reka bentuk berulang memaksimumkan kecekapan pengeluaran dan pemasangan.
