Sarawak lancar logo rasmi AirBorneo

KUCHING: Sarawak melancarkan logo rasmi syarikat penerbangan miliknya, AirBorneo di sini, hari ini

Majlis pelancaran itu dilakukan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di
Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.

Logo rasminya yang dikenali sebagai “Wings of Unity” (lambang perpaduan) Sarawak sekali gus menandakan pencapaian penting menjelang permulaan operasi AirBorneo pada Januari 2026.

Logo baharu dengan slogan “Borneo For You” mencerminkan visi AirBorneo untuk menghubungkan Sarawak dengan dunia melalui perjalanan berlandaskan tujuan, meraikan budaya, serta menjadi jambatan antara komuniti awam dan perniagaan merentasi benua dengan.

Identiti jenama yang dibangunkan menampilkan warna serta motif Sarawak sebagai simbol perpaduan dan kepelbagaian.

‘Wings of Unity’ diilhamkan daripada alam semula jadi dan denyut nadi budaya Sarawak yang mana rekaannya melambangkan kebebasan serta keterhubungan yang didefinisikan oleh perjalanan.

Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin serta tetamu kenamaan lain.