LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) Cawangan Bukit Sari Lawas menyantuni enam ranting wanita cwangan itu, baru-baru ini.
Ketua Wanita Parti PBB Cawangan Bukit Sari, Aujiana Garip memberitahu program jelajah zon ranting wanita PBB Bukit Sari pada kali ini melibatkan enam ranting dalam sukaneka santai ria zon Bandar daj Zon Ladang Wanita PBB Bukit Sari Lawas.
“Enam ranting terlibat ialah Ranting Wanita PBB Kampung Ladang/Lakutan , Ranting Wanita PBB Kampung Batu 2, Ranting Wanita PBB RKB , Ranting Wanita PBB Luagan/Surubaya , Ranting Wanita PBB Kampung Karangan dan Ranting Wanita PBB Kampung Banting yang melibatkan 90 ahli jawatankuasa daripada enam ranting berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program ini bertujuan mendekatkan Wanita PBB Cawangan N.82 Bukit Sari dengan wanita setiap zon/ranting di sini.
Aujiana turut merakamkan terima kasih atas usaha Zon Ladang dan Zon Bandar dan mahu memupuk semangat berpasukan dan kerjasama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan parti.
Beliau juga mahu rakyat akar umbi mengetahui lebih jelas mengenai hala tuju pembangunan di daerah Lawas yang telah dan sedang dilaksana oleh kepimpinan di Lawas khususnya Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Ketua Cawangan Parti PBB Bukit Sari dan Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong selaku Ketua PBB Cawangan Ba’kelalan Lawas.
