KUCHING: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sarawak menyambut baik inisiatif pendidikan percuma Kerajaan Sarawak melalui Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) bermula tahun depan.
Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Sarawak, Yussuf Chik berkata, walaupun FTES ini hanya melibatkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Sarawak iaitu Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.
“Namun, ini adalah satu permulaan yang baik untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar menikmati Pendidikan Tinggi secara percuma tanpa perlu berhutang,” katanya.
Beliau berkata demikian mengenai BMS 2025: Jom Jadi Superhero Anak Anda!.
Yussuf berkata, setakat ini pelaksanaan FTES memberi fokus untuk IPT di bawah Kerajaan Sarawak sahaja dan hanya melibatkan 64 kursus terpilih, jadi kursus selain daripada itu masih memerlukan Pinjaman PTPTN.
“Di samping itu, IPT seperti UNIMAS, UiTM, Politeknik, UPM Sarawak dan lain – lain IPTS di Sarawak masih memerlukan Pinjaman dari PTPTN,”tambahnya.
Sehubungan itu, beliau berkata PTPTN masih menjalankan fungsi seperti sedia ada dalam memastikan kelangsungan pendidikan tinggi di Sarawak.
