KUCHING: Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy & PETROS) Datuk Ibrahim Baki menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Darul Istiqlaal di Kampung Sungai Maong, di, sini, hari ini.
Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada wakil ketua isi rumah (KIR) seramai 26 keluarga yang dipindahkan ke PPS tersebut yang dibuka semalam.
PPS terbabit menempatkan seramai 128 mangsa banjir dari 26 keluarga, yang terdiri daripada 70 dewasa, 41 kanak-kanak, 16 warga emas dan seorang bayi.
Turut hadir Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ir. Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie dan Ketua Kampung Sungai Maong, Masni Morri.
