JEMORENG: Seramai 140 penerima terdiri daripada golongan asnaf di kawasan Jemoreng menerima sumbangan bakul makanan di sini, semalam.
Program tersebut anjuran Pusat Khidmat PBB N44 Jemoreng.
Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya.
Menurutnya, program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Pusat Khidmat N44 Jemoreng bagi membantu meringankan beban hidup penduduk yang memerlukan, khususnya golongan kurang berkemampuan.
“Bantuan ini dapat membantu mengurangkan beban ekonomi isi rumah,” katanya pada majlis tersebut.
