Perjumpaan rutin Premier, Ahli Parlimen GPS menjelang sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meghadiri sesi perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen dan Senator Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah hotel di sini, pada malam ini.

Sesi perjumpaan Premier yang juga Pengerusi GPS itu merupakan perjumpaan rutin setiap kali persidangan Parlimen diadakan. Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen Ke-15 2026 akan bermula pada 19 Januari ini.

Perjumpaan tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, serta Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.