KOTA SAMARAHAN: Kelab PMAI 7 menjadi johan Pertandingan Karom Beregu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tertutup Samarahan 2026 di kampus UNIMAS di sini, semalam.
Manakala, UNIMACC Trojan menjadi naib johan dan tempat ketiga dimenangi bersama Kelab Karom Tanjung Bundong dan UNIMACC Otai.
Sebanyak 76 kelab karom mengambil bahagian, merangkumi kelab-kelab dari sekitar Samarahan serta kelab jemputan dari Kuching.
Pertandingan ini dianjurkan Kelab Karom UNIMAS (UNIMACC) dengan kerjasama Pusat Sukan UNIMAS dan hasil peruntukan disumbangkan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Sukan UNIMAS, Awang Arshad diiringi oleh Presiden Kelab Karom UNIMAS, Azlan Drahim.
