Kekalkan semangat kebersamaan rakyat pelbagai kaum

SARATOK: Program pemberian limau mandarin kepada orang ramai sempena Tahun Baharu Cina 2026 berlangsung di Stesen Minyak Shell Saratok, di sini, hari ini.

Program disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri bersama isteri, Norlida Sharkawi, Pegawai Daerah Saratok Mohammad Dino Amid serta Pemanca Lim Guan Ann.

Mohamad Duri berkata, inisiatif seumpama itu bukan sahaja menceriakan suasana perayaan, malah menjadi platform semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat.

“Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan ini terus mekar dalam komuniti kita di Daerah Saratok,” ujarnya.