Pembinaan loji rawatan air baharu Kanowit berjalan lancar

KANOWIT: Pembinaan loji rawatan air baharu berkapasiti 25 Juta Liter Air Sehari (MLD bagi memperkukuhkan bekalan air di kawasan Kanowit sudah bermula.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pembinaan loji baharu terbabit membabitkan kos sebanyak RM185.2 juta berjalan lancar.

Katanya, pembinaan loji baharu terbabit juga menjadi komitmen Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana Kanowit kini mempunyai loji air berkapasiti 4.86 MLD.

“Pembinaan loji air 25 MLD bertepatan sekali untuk memperkukuhkan bekalan air di kawasan Kanowit demi untuk memenuhi permintaan bekalan air yang semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak pembinaan loji rawatan air baru itu, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong, ADUN Ngemah,Anyie Jana, Setiausaha Tetap Kemementerian Utiliti Telekomunikasi Sarawak, Datu Jafri Lias, Pemangku Pengarah JBALB, Tamida Da’adib.