100 pekayuh sertai acara Fun Ride sempena Larian Baton SUKMA XXI Sarawak

LAWAS: Acara Fun Ride sempena Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 disertai seramai 100 pekayuh basikal yang dilepaskan di Taman Awam Lawas di sini hari ini.

Pekayuh terbabit dari daerah Lawas dan Limbang dan negeri Sabah serta negara Brunei.

Majlis pelepasan pekayuh dirasmikan Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan diiringi Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Kayuhan melibatkan kawasan bandar Lawas ke pekan Trusan dan beberapa lokasi lain sambil mengibarkan bendera Ibu Pertiwiku dan logo Sukma XXI.

Selain itu, Henry Sum juga mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada Kelab Berbasikal Lawas.