RUU Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 sokong pengambilan komuniti tempatan dalam pemuliharaan

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Perhutanan Sarawak (Pindaan) 2024 akan memberi manfaat kepada masyarakat yang terlibat dalam pemuliharaan hidupan liar.

Safiee Ahmad (GPS- Daro), berkata, RUU membantu dalam memperkemas dan meningkatkan kecekapan pengurusan dalam pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar Sarawak dan habitatnya.

“RUU ini akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan dan menyokong RUU terbabit yang telah dibentangkan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini.

Safiee berkata, ini seperti simpanan dalam dana melalui latihan pengurusan bagi membebaskan dana untuk aktiviti pemuliharaan lain dan menyokong pengambilan komuniti tempatan dalam pemuliharaan.

“Meningkatkan aliran dana pemuliharaan kepada mereka yang menyokong atau terjejas oleh pemuliharaan,” tambahnya.