SARATOK: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.38 Kalaka menerima borang keahlian daripada penghuni lima rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka hari ini.
Majlis penyerahan borang keahlian penghuni Rumah Rengan Selambong, Rumah Anau Entebu, Rumah David Entebu, Rumah Nyawai Tinting Jelai dan Rumah Ambang Entebu diadakan di Rumah Rengan Selambong di sini.
Majlis ini disaksikan Timbalan Ketua Cawangan Parti PBB N.38 Kalaka Kaunselor Kasdi Pandi merangkap Exco Pergerakan Pemuda PBB Negeri, Setiausaha Kehormat Parti PBB Cawangan N.38 Kalaka Gapor Ahmad dan Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, sebelum ini penduduk di Rumah Panjang Ikom Senyawan dan Rumah Embol Sungai Anak turut menyertai Parti PBB.
“Keahlian di DUN Kalaka kini semakin meningkat menandakan sokongan padu mereka dan kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Parti PBB,” katanya.
