KOTA SAMARAHAN: Kumpulan penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menjalin kerjasama dengan universiti-universiti di kepulauan Borneo untuk menjalankan penyelidikan secara menyeluruh dan faedah biodiversiti di Borneo untuk manfaat penduduknya dan masyarakat di dunia.
Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, kumpulan penyelidik terbabit akan menggunakan platform ALAM-BoT bagi membentuk ChatGPT 4.0 dalam menjalankan pengajian.
Inisiatif itu akan menghasilkan pengkaji, pembuat dasar dan pencita alam sekitar signifikan dalam kajian mereka, katanya semasa merasmikan Seminar ALAM-BoT dan Biodiversiti Digital Borneo di sini.
Seminar dua hari dan yang pertama itu dihadiri oleh ahli akademik dan penylidik dari pelbagai universiti di Kepulauan Borneo.
Dr. Ahmad Hata berkata, jalinan kerjasama dalam bidang penyelidikan itu merangkumi penyelidik dari Universitas Tanjungpura, Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Unversiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut Dr. Ahmad Hata, kumpulan penyelidik akan bekerjasama menyumbang hasil penyelidikan mereka mengenai kefahaman dan pemeliharaan biodiversiti.
“Kita bekerjasama bagi mencapai matlamat bersama untuk menerokai dan membangunkan biodiversiti dan mencari jalan penyelesaian teknologi inovatif dalam pemeliharaan,” katanya.
Dr. Ahmad Hata menegaskan, beliau turut yakin dengan Dataverse UNIMAS yang diurus oleh pejabat Ketua Pegawai Digital (CDO) bagi memastikan pengkalan penyelidikan dapat disimpan dan dikongsi secara dalam talian.
Projek Dataverse itu merupakan laman aplikasi sumber secara terbuka yang membolehkan perkongsian, pemeliharaan, mendapat maklumat, penerokaan dan menganalisa data kajian.
Platform itu, katanya, menyimpan butiran signifikan bagi biodiversiti melalui dokumentasi digital dan input pangkalan.
Bidang sains dan teknologi memain peranan sangat penting dalam memelihara biodiversiti di dunia yang semakin menghadapi ancaman yang tidak dijangkakan, tegas beliau.
ALAM-BoT chatbot AI yang paling maju akan digunakan untuk menangani cabaran memperoleh maklumat biodiversiti di Malaysia dan memain peranan dalam konteks ini, tambahnya.
Hadir sama Ketua Pegawai Digital dan Pengerusi Seminar Biodiversiti Digital Borneo dan ALAM-BoT, Prof. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim, Dekan Fakulti Sumber sains dan Teknologi, Prof. Dr Samsur Mohamad dan Pengarah Program, Prof. Dr. Ramlah Zainudin.
