BINTULU: Guru besar dan pengetua diharap bekerjasama mengadakan program Jerayawara Sahabat Astronomi Planetarium Sultan Iskandar di sekolah negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata ini untuk menggalak penglibatan pelajar mereka dalam bidang sains angkasa lepas.
“Saya berharap agar program seperti ini diadakan secara konsisten dan kerjasama guru besar dan pengetua dari seluruh sekolah dalam negeri ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan program terbabit yang aktivitinya diadakan kakitangan Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pendidikan Bakat Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Setulan, di sini, hari ini.
Iskandar berkata, ini kerana Kerajaan Sarawak mensasarkan mencapai kadar enrolmen semasa pelajar dalam subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebanyak 60 peratus menjelang 2030.
“Sehubungan itu, pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi mencetuskan minat dan pemahaman tentang sains angkasa secara keseluruhannya di dalam STEM,” tambahnya.
