‘Sarawak Harmony Walk’ pamerkan keharmonian kaum, agama

KUCHING: Program ‘Sarawak Harmony Walk’ berjaya dalam objektifnya menyerlahkan keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

Ia dibuktikan dengan penyertaan kira-kira 5,000 masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam program anjuran Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) itu di Padang Merdeka Kuching kira-kira jam 7 pagi ini.

Peserta berhimpun seawal jam 6 pagi dan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi memeriahkan program.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Pengarah UNIFOR Datu Jack Aman dan tetamu kenamaan lain.

Peserta berarak sepanjang 2.4 kilometer (km) bermula dari Padang Merdeka.