KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi melawat Ibu pejabat Menara Affin Bank di bangunan Tun Razak Exchange (TRX), di sini, semalam.
Ketibaan mereka disambut Pengerusi Affin Bank, Dato Agil Natt serta isteri Datin Sharifah Fatmah Alhabshi, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah serta isteri Datin Wan Deneena Liza.
Dalam sesi lawatan ke pejabat Affin Bank itu, Tun Pehin Sri dan Toh Puan dibawa ke Cawangan Utama AFFIN KL, cawangan Affin Hwang Investment Bank, kemudahan pekerja Affin Bank dan bilik pejabat Pengerusi Affin Bank.
Tun Pehin Sri juga turut berkesempatan menandatangani buku pelawat dan ke Majlis Pelancaran Affin Diventium Private Banking.
Pada majlis pelancaran itu, Tun Pehin Sri dan Toh Puan telah menerima cenderamata serta Tun Pehin Sri juga menerima dua buku berjudul “Dialog: Thoughts on Tunku’s Timeless Thinking” dan “The Towns of Malaya, an illustrated urban history of the peninsula up to 1957”.
GAMBAR:ASTANA NEGERI SARAWAK