KUCHING: Lebih kurang 1,000 peserta menghadiri program Walk-A-Mile yang berlangsung di Taman Perpaduan, di sini, hari ini.
Meskipun hujan namun peserta meneruskan aktiviti berjalan mengelilingi sekitar taman berkenaan. Program itu diadakan sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2024.
Pelepasan program tersebut diadakan bersama Timbalan Premier Sarawak merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak (YJS), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) yang juga Pemegang Amanah Lembaga YJS, Hilmy Othman.
Program itu merupakan program tahunan bertemakan ‘Use Heart For Action’ turut dihadiri ahli- ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).
Dr Sim dalam ucapan ringkasnya mengingatkan orang ramai agar mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjaga jantung.
“Sebagai dorongan untuk menjaga jantung, anda perlu memupuk tabiat gaya hidup aktif yang sihat dengan melakukan senaman sebagai rutin.
“Berjalan antara aktiviti sihat,” katanya.