Naik taraf gelanggang futsal Kampung Warisan sudah siap

BINTULU: Gelanggang futsal Kampung Warisan di sini siap dinaik taraf melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak bernilai RM350,000.

Projek terbabit meliputi kerja melengkapkan gelanggang dengan bumbung dan tandas serta lampu bagi penduduk dapat menggunakan kemudahan itu waktu malam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui penyediaan infrastruktur sukan berkualiti.

“Gelanggang ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia untuk bersukan, tetapi juga membantu mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti sihat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan tapak gelanggang tersebut kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Warisan, di sini, hari ini.

Selain futsal, Iskandar berkata peralatan tambahan seperti jaring dan tiang bola jaring juga akan disediakan bagi gelanggang itu juga boleh digunakan golongan wanita.