Fuller Academy, ABM berkolaborasi tingkatkan keupayaan dalam tiga bidang utama

KUCHING: Fuller Academy hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Sarawak untuk meningkatkan keupayaanbinaan dalam bidang alam sekitar, sosial dan pendidikan (ESG).

Perjanjian Persefahaman (MoU) yang dimeteraikan itu bertujuan melengkapkan golongan profesional dan perniagaan di Sarawak dengan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemampanan.

Perkongsian itu fokus kepada menyedia ESG berkaitan kursus, latihan dan bengkel dengan mengetengahkan kepakaran Fuller Academy secara mampan dan rangkaian industri tempatan ABM Sarawak.

Dengan menawarkan program sasaran, kerjasama itu diharap dapat menangani keperluan pertumbuhan dengan amalan mampan dalam sektor pembinaan.

“Kami manzahirkan rasa gembira untuk bekerjasama dengan ABM Sarawak dalam menyampaikan pendidikan ESG yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Fuller Academy, Wan Imran.

Beliau menegaskan, ini adalah langkah penting ke arah membina Sarawak dan Malaysia yang mampan.

Perkongsian itu menandakan perkembangan signifikan Fuller Academy dalam misinya mencapai kemampanan melalui pendidikan dan keupayaanbinaan, meningkatkan inovasi dan kepimpinan dalam ESG.