PNS raikan ulang tahun dengan aktiviti menarik 2025

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak (PNS) meraikan ulang tahun ke-25 dengan melancarkan simbolik “I am 25” di Lobi PNS, di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media PNS, pelancaran terbabit telah disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengurusan PNS Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen.

“Ulang tahun ke-25 ini akan terus disemarakkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang untuk orang awam sepanjang tahun 2025,”tambah PNS.

Turut diadakan ialah program penanaman pokok.

PNS juga menzahirkan tahniah kepada semua warga mereka yang turut sama melangkah seiring sepanjang perjalanan melakar kejayaan dan perubahan dari tahun 2000 hingga kini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PNS, Japri Bujang Masli, Ahli-ahli Lembaga Pengurusan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif serta staf PNS.