Komitmen masyarakat pelbagai kaum bantu pembangunan Daro, Matu

DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyatakan komitmen beliau untuk menyokong pembangunan masyarakat Cina di Daro dan Matu.

Katanya, perpaduan dan keharmonian antara kaum amat penting untuk memastikan kesejahteraan serta kemajuan komuniti setempat.

Jelas beliau, dengan sokongan daripada pelbagai pihak maka komuniti di Daro dan Matu terus maju dan makmur serta saling menghormati,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Foochow Daro-Matu dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina & Pasar Daro, malam tadi.

Sebagai tanda sokongan, Ahmad Johnie telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM75,000 kepada beberapa pihak iaitu JKKK Kampung Cina & Pasar Daro (RM10,000), Tadika Kie Ming Daro (RM50,000), Persatuan Foochow Daro-Matu (RM10,000) dan Tian Sheng Gong Temple Daro (RM5,000).

Turut hadir Pemanca Lau Oi Phen, Kapitan Tien Chai Chon, Pengerusi SUPP Daro Tan Soon Kuang, Pengerusi Persatuan Foochow Daro-Matu Wong Teck Huat dan Pengerusi Daro Chinese Chamber of Commerce Tan Yi Qin.