Permohonan PERANTIS dibuka mulai 17 Februari ini

KUCHING: Kerajaan mengagihkan dana berjumlah RM5 juta untuk Program Kepimpinan Perantisan Wanita (PERANTIS).

Program ini akan dibuka mulai 17 Februari ini sehingga 16 Mac depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, program ini bertujuan memperkasa wanita dan inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi menangani jurang jantina dalam kepimpinan, ekonomi dan politik.

“Saya mengajak wanita mengambil peluang ini, mohon dan menyertai secara aktif program PERANTIS,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempromosikan Persidangan Keusahawanan Wanita 2025 di Dayak Chamber and Commerce Industry, di sini.

Nancy berkata, lebih 350 permohonan program tersebut pada tahun lalu dan sebanyak 25 program diluluskan.

Ia memberi manfaa kepada 1,247 peserta membabitkan bajet RM1.2 juta.