DEBAK: Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Debak perlu memperbanyakkan aktiviti di pusat berkenaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, ia penting untuk manfaat warga emas yang menjadi ahli di pusat terbabit.
“Antara aktiviti yang boleh dianjurkan ialah seperti gotong royong, senaman sihat, bersukan, mengaji, perkebunan hidroponik, fertigasi dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Menyantuni dan Perpisahan Penyelia dan Pembantu Penyelia PAWE di Dewan Millinea Debak, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Shamat Kassim, Pegawai Menguasa Daerah Kecil Debak, Mohammad Khairurani Mohammad Ibrahim, bekas Penyelia PAWE Debak, Suzilawati Saipol dan Temenggong Piee Alwi.