KUCHING: Rombongan Sarawak mengadakan lawatan penandaarasan ke Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah di Kota Kinabalu pada 29 hingga 30 April lalu.
JHEWA Sabah di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai rombongan tersebut.
Objektif lawatan bagi mempelajari dan menambah pengetahuan berkaitan program, perkhidmatan dan bantuan yang ditawarkan oleh JHEWA Sabah kepada rakyat negeri itu bagi pembangunan wanita.
Ini khususnya berkaitan Bantuan Guaman Wanita, Program Pemerkasaan Wanita, Kesaksamaan Gender dan Kepimpinan Wanita.
Di samping itu, lawatan juga bagi memahami fungsi dan peranan Majlis Penasihat Wanita Negeri Sabah (MPWS) dan memupuk jalinan kerjasama dengan jabatan serta kementerian di Sabah.
