Mentadbir urus tanah secara moden – Safiee

KUCHING: Cadangan meminda Kanun Tanah merupakan masa paling tepat dan penting dalam memodenkan sistem pengurusan dan pentadbiran tanah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad.

Beliau berkata, pindaan ke atas Kanun Tanah itu bukan setakat mengemaskini prosedur tetapi untuk mewujudkan kerangka kerja lebih cekap, telus dan tersedia.

“Ia untuk masa depan untuk rakyat dan matlamat pembangunan negeri,” katanya semasa membahas dan menyokong Rang Undang-undang (RUU) (Pindaan) Kanun Tanah 2025 pada perisdangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

RUU (Pindaan) Kanun Tanah 2025 itu dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang kemudian diluluskan.

RUU itu kata Safiee, menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak dan usaha kolektif dalam menjamin kecekapan tadbir urus kerajaan,

Menurut Safiee, definasi dan dasar yang dikemaskini dalam RUU itu bukan ‘komestik’ tetapi merupakan satu strategi.

Strategi itu, katanya, membuktikan komitmen kerajaan untuk mengurus dan mentadbirkan tanah secara bertanggungjawab, inklusif dari segi undang-undang dan bijak merancang pembangunan.