KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah mengenal pasti 11 kawasan berpotensi untuk penanaman padi secara moden dan komersial.
Timbalan Menterinya, Datuk Martin Ben berkata, ia membabitkan jumlah keluasan 4,264 hektar.
Daripada jumlah itu, enam kawasan seluas 2,734 hektar terletak di daerah Limbang dan lima kawasan seluas 1,530 hektar di daerah Lawas.
Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS- Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang dalam soalnya bertanya berapakah keluasan yang telah dikenalpasti sesuai untuk penanaman padi di Bahagian Limbang dan Lawas.
