KUCHING: Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Tanah Air Stesen Kuching diadakan di Raia Hotel and Convention Centre, di sini, hari ini.
Menurut kenyataan media Tabung Haji, majlis bertujuan menghargai sumbangan pelbagai agensi kerajaan, swasta serta
sukarelawan yang menjayakan operasi haji tahun ini.
Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said berkata ini termasuk memastikan kelancaran, keselamatan dan ketertiban perjalanan jemaah haji dari Sarawak.
“Antaranya Malaysia Airport Sdn Bhd, Malaysia Airlines System, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak,” katanya.
Beliau juga menyampaikan penghargaan khas kepada sukarelawan yang terdiri dari PBSM, RELA, dan Alumni Jemaah Haji.
Selain itu, Bintulu Port Holdings Berhad juga diberikan penghargaan atas sumbangan mereka bagi memperkukuh kemudahan dan kebajikan para jemaah serta meraikan agensi dan sukarelawan pada majlis tersebut.
