TEGAS pelawa belia sertai program latihan tingkatkan daya kreativiti

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) sekali lagi akan menganjurkan program latihan ‘Unreal Engine’ 2025, susulan kejayaan penganjuran program pertamanya pada 2024.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekiotar merangkap Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh berkata, bengkel Program Latihan Unreal Engina Motion Graphic 2025 itu akan diadakan mulai 11 hingga 15 Ogos 2025 di Kampung Digital TEGAS (TVD), Kuching, dan fokus kepada masa sebenarnya pengwujudan grapik bergerak.

“Dianjurkan dengan kerjasama Akademi EFXCO iaitu bengkel diiktirafkan Unreal Authorized Training Center dan Borneo Digital, inisiatif itu bertujuan meningkatkan daya kreatif dan kemahiran anak Sarawak dalam animasi 2D dan 3D.

“Selain itu rekaan bergerak, animesi kamera dan masa sebenar pengolahan menggunakan platform Unreal Engine terkemuka dunia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Program berkenaan merupakan komitmen TEGAS memacukan inovasi dalam industri kreatif di negeri ini dengan menggunakan kemahiran digital bertaraf global.

“Kita mahu melengkapkan bakat tempatan untuk meraih peluang berpendapatan tinggi dalam perfileman, pengiklanan serta bidang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, latihan iotu sejajar dengan PCDS 2030 yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan, modal insan dan inovasi digital.

Untuk mendapat keterangan lanjut dan pendaftaran, sila layari bit.ly/UnrealEngineKch.