KUCHING: Rang undang-undang (RUU) menambah sebanyak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memperlihatkan keprihatinan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim berkata, ini kerana RUU itu lebih kepada membantu rakyat Sarawak dengan menambah bilangan wakil rakyat yang bekerja untuk mereka.
“Kita mahu menambah wakil rakyat, menambah orang yang bekerja kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (Komposisi Keanggotaan) Dewan Undangan Negeri, 2025 dalam Persidangan Khas DUN di sini hari ini.
Hamzah sehubungan itu hairan kenapa ada orang yang tidak mahu menyokong usaha untuk menambah wakil rakyat terbabit.
Di samping, katanya penambahan bilangan wakil rakyat itu nanti juga secara langsung akan membantu menangani masalah dan memudahkan pengurusan sesuatu kawasan penduduk di negeri ini.
