DALAT: Taman Agro Penanaman Nanas bakal ditubuh di Dalat pada tahun depan sebagai usaha meningkatkan pendapatan isi rumah bagi rakyat di Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 824 hektar tanah diluluskan Kerajaan Sarawak bagi membangunkan taman tersebut.
“Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) mengenal pasti kawasan untuk dijadikan taman agro berhampiran Kampung Sungai Kut Dalat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Kursus Teknologi Tanaman Nanas di Kompleks Kebajikan Dalat, di sini hari ini.
Fatimah yang juga ADUN Dalat menambah, taman agro itu dapat mengelakkan kejadian lambakan nanas seperti yang berlaku semasa pandemik Covid-19.