Kompleks Satria Pertiwi tingkatkan keselamatan negeri

KUCHING: Kompleks Baharu Pejabat Premier Sarawak kini dikenali Kompleks Satria Pertiwi terletak di Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub , Petra Jaya, di sini.

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan kompleks tersebut yang turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hadir sama isteri TYT, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan- timbalan Premier, menteri-menteri kabinet negeri dan Persekutuan.

Sebaik sahaja dirasmi, kompleks berkenaan bermandikan cahaya dan pancaran laser yang tertulis Kompleks Satria Pertiwi.

Kompleks tersebut ditubuhkan untuk meningkatkan keselamatan negeri berkaitan pembangunan wilayah.

Projek reka bentuk kompleks bermula 2022 dan pasukan reka bentuk diketuai DDR Architects Sdn. Bhd., manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana.

Pembinaan kompleks ini bermula pada Julai 2023 dan tamat pada awal bulan Ogos ini.

Kompleks ini ditempatkan mengikut arah urata – selatan, yang mana bangunan pejabat utama menghadap ke arah Perpustakaan Negeri (PUSTAKA) dan Gunung Santubong sebagai paksi utama.

Kompleks ini terdiri daripada Pejabat Premier Sarawak dan kediaman rasmi Premier.