KUCHING: Cadangan menerokai peluang jaringan kerjasama dalam membangunkan sektor pelabuhan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan Duta Besar Denamark ke Malaysia, Kirstine Vangklide Bermer.
Kirstine yang sedang rangka lawatan ke negeri ini mengadakan kunjungan hormat kepada Douglas Uggah di pejabatnya di sini hari ini.
Terdahulu, Kirstine mngadakan kunjungan serupa kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi.
Menemani Kirstine dalam rangka lawatan itu ialah Ketua Dagangan Duta Denmark, Mark Perry, Penasihat Komersial, Jennifer Tang, wakil Blue Water Shipping and Topsoe dan Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Malaysia, Penny Nuli.
