BINTULU: Majlis Tilawah Al-Quran menjadi platform penting memperkukuhkan kefahaman dan amalan ajaran Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata ini kerana tilawah berperanan menyemai budaya membaca, memahami dan menghayati Al-Quran sebagai panduan hidup.
“Menang atau kalah bukan ukuran utama.
“Sebaliknya, semangat untuk terus mencintai, membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Bintulu 1448H/2026M di Masjid Darussalam Kampung Baru, di sini, malam kelmarin.
Seramai 19 peserta terdiri daripada 10 qari dan sembilan qariah mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran Pejabat Daerah Bahagian Bintulu.
Abang Hakimi Syarizal Abang Jasmani dinobatkan sebagai johan qari manakala Aina Yasmin Natasha Abdul Aziz johan qariah manakala Nanuan Tini dan Hamdiah Tini, masing- masing johan qari dan qariah kategori warga emas.
