Author: Jiwa Bakti

Sarawak cadang tubuh Panel Penasihat kepada perubahan iklim, CCS

KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang menubuhkan Panel Penasihat yang memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan Tangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, ini selepas meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023. “Selepas meluluskan RUU ini, […]

RUU Ombudsman Sarawak 2023 lulus

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Ombudsman Sarawak 2023 selepas bacaan kali ketiga, hari ini. RUU tersebut yang dibentangkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan petang tadi dibahaskan oleh 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Awang Tengah ketika membentangkan RUU itu berkata, ia akan membolehkan orang awam melaporkan […]

Tabung Haji hulur sumbangan CSR

KUCHING: Tabung Haji (TH) mengagihkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan program ehsan sekolah di bahagian ini. Sumbangan keseluruhan berjumlah RM195,600 itu diagihkan kepada Sarawak Media Group (SMG) untuk program TV Prihatin sebanyak RM125,600 manakala Hikmah Sarawak, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Negeri Sarawak, […]

Projek KUTS memodenkan sistem pengangkutan

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM900 juta untuk memoden dan mentransformasikan Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kos bagi membiayai KUTS itu menggunakan Pembiayaan Alternatif. “Hubungan antara kawasan luar bandar dan bandar akan dipertingkatkan dengan membaiki sistem kesalinghubungan dan pergerakan untuk menyatukan pertumbuhan ekonomi,” katanya semasa […]

Bangunan IPD Kapit baharu bakal dibina

KAPIT: Bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit yang baharu bakal dibina membabitkan kos kira-kira RM150 juta. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, IPD baharu itu dicadang akan dibina kira-kira 4 kilometer (km) dari IPD yang sedia ada. “Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah membawa permohonan kepada kerajaan negeri dan berharap beberapa urusan […]

15 Raja Sungai Sarawak rebut gelaran Battle Of Titan

LINGGA: Sebanyak15 pasukan lumba perahu bergelar ‘Raja Sungai’ di sekitar Sarawak tahun ini menyertai Regata Lingga 2023. Pasukan tersebut ialah Puteri Dang Balai (Raja Sungai Regata Sarawak), Barracuda Pusa (Raja Sungai Tandang Sari), MDG Gedong (Raja Sungai Regata Gedong), Burung Garuda (Raja Sungai Pesta Benak), Todak Berjaya (Raja Sungai Regata Kalaka), Bujang Sigat (Raja Sungai […]

Pertahan perpaduan rakyat berbilang kaum

KAPIT: Perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak harus dipertahankan demi kesejahteraan rakyat, menurut Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi. Katanya, tanpa kesefahaman yang kukuh akan menghalang tumpuan dan usaha memajukan taraf ekonomi rakyat dan pembangunan infrastruktur di negeri ini. “Sikap toleransi rakyat dari pelbagai latarbelakang kaum dan agama di negeri ini […]

Kerajaan Sarawak sumbang dana RM300,000 kepada SABATI

KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menyumbang dana sebanyak RM300,000 kepada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI). Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sumbangan itu boleh membantu badan amal tersebut bagi memastikan kerja amal yang dirancang diteruskan. “Kita yakin ia dapat digunakan sebaik mungkin untuk menghulur bantuan kepada golongan yang kurang bernasib […]

Kuching Car Free

Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman bersama-sama warga bandar raya Kuching menyertai perarakan pagi tanpa kereta (Kuching Car Free) edisi perayaan Deepavali di Padang Merdeka, Kuching. Aktiviti lain ialah Digital Info Hunt dan senamrobik.

Sarawak peruntuk RM124 juta anjur SUKMA 2024

KUCHING: Sarawak memperuntukkan sebanyak RM124 juta bagi menaik taraf fasiliti sukan sebagai persiapan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 pada 2024. Ketika ini, persiapan untuk menganjurkan temasya dwitahunan dijadual berlangsung mulai 17 hingga 24 Ogos 2024 sedang berjalan lancar, menurut Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. […]