SAMARAHAN: Pameran Raja Kita sempena sambutan perayaan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dirasmikan di pusat beli belah Summer Mall, di sini, hari ini.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, orang ramai dipelawa
menyaksikan pameran yang memaparkan maklumat, latar belakang dan peralatan berkaitan Institusi Raja dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Pameran yang bermula hari ini akan berlangsung sehingga 8 September ini,” katanya selepas menyempurnakan perasmian pameran terbabit.
Julaihi berkata, orang ramai sekitar bahagian Samarahan dan Kuching dapat menyaksikan pameran yang turut dipamer dalam berbentuk digital 3D.
Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.
