MIRI: Kerajaan Sarawak sentiasa memberi perhatian terhadap Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti Program Showcase Usahawan Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, PMKS merupakan tunjang belakang landskap pembangunan ekonomi negeri yang telah mewujudkan peluang pekerjaan, menambah pendapatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan […]
Projek pendidikan Parlimen Tanjong Manis dinaik taraf
BELAWAI: Projek naik taraf sekolah berjumlah RM350,000 telah diluluskan dan sedang dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belawai di sini. Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata, projek terbabit adalah naik taraf dataran dan jalan dalam sekolah (RM150,000) dan naik taraf empat gelanggang dalam sekolah (RM 200,000). Katanya, Projek Mesra Rakyat berkaitan institusi […]
Perbincangan dengan universiti awam tawarkan program lepasan ijazah
SIBU: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak akan mengadakan perbincangan bersama universiti awam untuk menawarkan program lepasan ijazah. Menurut timbalan menterinya, Datuk Dr Annuar Rapaee, usaha ini membuka peluang yang lebih luas kepada guru-guru daripada Sarawak untuk melanjutkan pelajaran. Katanya, terdapat beberapa perkara yang memberi kekangan atau yang tidak begitu memberi semangat kepada guru-guru. “Pertama, […]
PETRONAS diberi tempoh tiga bulan bincang agihan gas dengan PETROS
KUCHING: Kerajaan Sarawak memberi Petroliam Nasional Bhd ( PETRONAS) tempoh sehingga 1 Oktober depan bagi berbincang dengan (Petroleum Sarawak Bhd ) PETROS berhubung pengagihan gas di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebelum ini perbincangan itu ditangguh dari 1 Julai lalu seperti diminta PETRONAS. “Kita memberi mereka tempoh tiga […]
Projek RTB Banjir Sg. Miri dijangka siap Oktober 2025
MIRI: Projek Rancangan Tebatan (RTB) Banjir Sg. Miri di sini bernilai RM25.6 juta dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2025. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, projek terbabit mula dilaksanakan sejak Oktober 2023. “Melalui pelaksanaan projek ini, seluas 1,100 hektar dan dianggarkan seramai 12,000 penduduk di […]
Taman Negara Niah kini Tapak Warisan Dunia UNESCO
NEW DELHI: Sarawak melakar satu lagi sejarah apabila Taman Negara Niah secara rasminya diumumkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO Ke-46 2024 di New Delhi, India. Pengiktirafan itu bukan sahaja membawa sinar baharu dalam industri pelancongan Sarawak tetapi menjulang nama negara di persada antarabangsa. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, […]
Sempadan tidak jelas sukaan agihan bantuan
BINTULU: Garisan sempadan tidak jelas didapati berlaku antara kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dan DUN Tanjong Batu di sini. Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, ini sehingga terdapat kes pengundi yang tinggal di kawasan DUN Tanjong Batu didaftarkan mengundi di DUN Jepak dan sebaliknya. “Hal ini […]
Pendidikan, keperluan lengkap untuk pelajar berkeperluan khas
SIBU: Kerajaan Sarawak berharap lebih banyak sekolah mempunyai bilik darjah bersepadu bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya normal. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, ini merupakan antara sebab Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) ditubuhkan. Katanya, tujuan penubuhan OSEIC untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terutamanya diagnosis awal […]
JPBNS akan bermesyuarat bincang isu panas, kering
SPAOH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi membincangkan keadaan panas dan kering semasa di negeri ini. Pengerusi JPBNS yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mesyuarat itu akan memutuskan arahan yang akan dikeluarkan kepada jawatankuasa berkenaan di peringkat bahagian dan daerah mengenai persiapan mereka untuk […]
Utamakan ekonomi baharu
MIRI: Penduduk luar bandar kawasan Bekenu diharap tidak ketinggalan dalam memberi fokus ekonomi baharu Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak kini sedang memacu kedepan dengan fokus kepada ekonomi baharu “Sudah tentu, kita tidak mahu penduduk luar bandar Sarawak, termasuk di Bekenu ini ketinggalan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan […]
