Bantuan pendidikan bantu pelajar kurang berkemampuan

LUNDU: Seramai 10 pelajar dari kawasan Tanjung Datu menerima bantuan pendidikan di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu di sini, hari ini .

Bantuan tersebut disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Emmi Farahisbilla Hamdan.

Bantuan ini bagi menunjukkan komitmen berterusan ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan untuk pelaburan masa depan anak-anak.

Ini bagi memastikan tiada yang ketinggalan hanya kerana latar belakang mereka yang kurang berkemampuan.

‘Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci perubahan dan cara untuk mengangkat martabat keluarga dan komuniti setempat untuk membina masyarakat yang lebih berilmu,” menurut Emmi.

Hadir sama, Naib Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjung Datu , Sintu Layang dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N3 Tanjong Datu, Fatimah Abdullah.