KUCHING: Kesemua dakwaan Ketua Pembangkang terhadap draf Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan adalah tidak berasas.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ini merujuk kenyataan media Ketua Pembangkang, Dato Seri Hamzah Zainudin berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk menolak MoU itu.
“Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadillah berkata, intipati MoU seperti berikut:
1.Tempoh Kuatkuasa Memorandum-Berkuatkuasa dari tarikh Memorandum dan terpakai sehingga pembubaran Majlis Parlimen Ke-15, atau pada 19 Disember 2027 (mana yang terdahulu).
- Obligasi Perikatan Nasional-Menyentuh mengenai peranan dan fungsi Ahli Parlimen Pembangkang sebagai komponen penting dan akujanji sebagai Ahli Parlimen Pembangkang Berwibawa, perlu bertindak sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab dan membina. Ia juga menyentuh pematuhan kepada Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.
- Obligasi Kerajaan Persekutuan-Kerajaan Persekutuan antara lain mengakui bahawa Ahli Parlimen Pembangkang mempunyai peranan yang besar sebagai Pembangkang dengan menunjukkan kesetiaan kepada Negara, Perlembagaan Persekutuan, dan Institusi Diraja, serta bertindak untuk semak dan imbang secara sah dan bertanggungjawab.
- Ketelusan dan Tiada Kerahsiaan-Memorandum ini tidak tertakluk kepada mana-mana klausa kerahsiaan.
5.Pemakaian Undang-Undang-Memorandum Persefahaman ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
6.Pembatalan Memorandum-Memorandum Persefahaman ini secara automatiknya akan terbatal dan pihak yang lagi satu tidak mempunyai sebarang obligasi lanjut yang perlu dilaksanakan menurut MoU ini. Ini melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.
