KUCHING: Kejayaan pencapaian Sarawak sepanjang pelaksanaan fasa pertama Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 berkat hasil usaha bersepadu warga perkhidmatan awam serta kerjasama dengan sektor swasta dan agensi, kata Premier Sarawak.
Datuk Patinggi Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pencapaian itu menandakan satu kejayaan penting dalam perjalanan pembangunan Sarawak, sekali gus menjadi asas kukuh untuk pelaksanaan fasa kedua PCDS 2030 yang akan bermula pada tahun hadapan.
“Kemakmuran, integriti dan dedikasi warga perkhidmatan awam adalah pemacu utama kejayaan Sarawak,” katanya berucap pada sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) 2025 bertemakan ‘Leading with Excellence: Sarawak’s Civil Service Path Forward’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ketua Setiausaha Negara; Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan tetamu kenamaan lain.
Menurut beliau, kejayaan pembangunan Sarawak juga bergantung kepada kerjasama erat antara Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Sambil merakamkan penghargaan kepada semua pegawai Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak, beliau menegaskan, sumbangan dalam sektor pendidikan, kesihatan, kewangan dan penguatkuasaan amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
“Walaupun struktur pentadbiran kita berbeza, matlamat kita sama, iaitu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Perpaduan antara kedua-dua perkhidmatan ini mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar, bersatu dalam kepelbagaian, dan sehaluan dalam matlamat,” katanya.
Oleh itu, kerjasama ini mesti terus diperkukuh melalui komunikasi yang terbuka, koordinasi yang baik dan saling menghormati bidang kuasa masing-masing, tambahnya.
Integriti dan kepercayaan rakyat adalah teras utama tadbir urus yang baik dan dalam Perkhidmatan Awam Sarawak, nilai ini bukan sekadar konsep, tetapi terlihat dalam tindakan nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Contohnya, pegawai awam Sarawak memastikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) sampai kepada penerima yang memerlukan, walaupun di kawasan pedalaman dan terpencil.
Program seperti penyaluran bantuan makanan, bekalan air bersih, dan perkhidmatan kesihatan bergerak menunjukkan dedikasi, profesionalisme, dan ketelusan dalam pengurusan sumber awam, katanya.
Selain itu, dalam pengurusan projek pembangunan dan kewangan, pegawai awam Sarawak sentiasa memastikan ketelusan, akauntabiliti, dan penggunaan sumber secara berhemah, agar setiap projek dan perbelanjaan memberi manfaat maksimum kepada rakyat.
Dengan menegakkan etika, ketelusan, dan akauntabiliti, katanya, Perkhidmatan Awam Sarawak mampu mengurus projek dengan berkesan, membuat keputusan tepat, dan memastikan hasil pembangunan memberi impak nyata kepada masyarakat.
“Setiap pegawai adalah tonggak kepada kepercayaan rakyat dan kejayaan Sarawak, menjadikan integriti dan tanggungjawab panduan utama dalam setiap tindakan,” tegas beliau.
Menurut beliau, kejayaan pembangunan Sarawak juga bergantung kepada kerjasama erat antara Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Sambil merakamkan penghargaan kepada semua pegawai Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak, beliau menegaskan, sumbangan dalam sektor pendidikan, kesihatan, kewangan dan penguatkuasaan amat penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
“Walaupun struktur pentadbiran kita berbeza, matlamat kita sama, iaitu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Perpaduan antara kedua-dua perkhidmatan ini mencerminkan semangat Malaysia yang sebenar, bersatu dalam kepelbagaian, dan sehaluan dalam matlamat,” katanya.
Oleh itu, kerjasama ini mesti terus diperkukuh melalui komunikasi yang terbuka, koordinasi yang baik dan saling menghormati bidang kuasa masing-masing, tambahnya.
Integriti dan kepercayaan rakyat adalah teras utama tadbir urus yang baik dan dalam Perkhidmatan Awam Sarawak, nilai ini bukan sekadar konsep, tetapi terlihat dalam tindakan nyata yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Contohnya, pegawai awam Sarawak memastikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak sampai kepada penerima yang memerlukan, walaupun di kawasan pedalaman dan terpencil.