Delegasi Sarawak ke Kongres dan Pameran Air Dunia di Kanada

TORONTO: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi mengetuai delegasi ke Kongres dan Pameran Air Dunia (WWCE 2024) Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2024 di Pusat Konvensyen Metro Toronto di Toronto, Kanada.

WWCE IWA 2024 merupakan acara dwitahunan global yang menarik profesional terkemuka, pemimpin, pihak berkepentingan dalam sektor air konvensional dan ramai lagi yang berminat dalam sektor tersebut.

Kongres ini merupakan platform mencipta pandangan baharu tentang cara sains perintis, inovasi teknologi dan amalan terkemuka membentuk pengurusan air.

WWCE IWA 2024 bertemakan ‘Membentuk Masa Depan Air Kita’ merangkumi pelbagai tema seperti pengurusan utiliti dan rawatan air sisa. Selain itu, pemulihan sumber, air minuman dan kegunaan boleh diminum, perancangan dan operasi skala bandar, komuniti, komunikasi dan perkongsian serta air sumber dan pengurusan air berskala besar.

Objektif delegasi Sarawak di WWCE IWA 2024 untuk mendapatkan maklumat berhubung trend terkini dalam amalan terbaik, teknologi inovatif dalam sektor air dan pendekatan pengurusan, serta melibatkan diri dengan pemimpin industri yang bertujuan untuk memupuk kerjasama baharu bagi membentuk masa depan air.

Oleh itu, salah satu objektif lain untuk mempromosikan acara ini di Sarawak kepada semua perwakilan antarabangsa.

Delegasi itu juga dijadual bertemu dengan Toronto Water, bahagian perbandaran Kota Toronto yang merupakan Penaja Platinum untuk WWCE IWA 2024.

Dato Sri Julaihi juga bertemu dengan Tom Mollenkopf, Presiden IWA dan Profesor Kala Vairavamoorthy, Pengarah Eksekutif IWA.

Turut serta ialah tiga Timbalan Menteri MUT Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan-Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil dan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias.