Gelanggang futsal Rumah Ikom Senyawan kemudahan bersama

SARATOK: Gelanggang futsal berbumbung yang berfungsi sebagai dewan serbaguna siap dibina bagi Rumah Ikom Senyawan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berharap kemudahan ini dapat diguna oleh belia serta penduduk di kawasan ini untuk penganjuran acara sukan.

“Gelanggang ini juga sesuai sebagai tempat mengadakan pelbagai aktiviti serta majlis keramaian oleh kerana ia dilengkapi dengan bumbung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Gelanggang Futsal di Rumah Ikom Senyawan dekat sini hari ini.

Mohamad Duri berkata, projek pembinaan kemudahan itu di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan menjadi mercu tanda pembangunan luar bandar tidak diketepikan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).