LUNDU: Jabatan Hutan Sarawak mencadangkan Gunung Pueh dan Sematan sebagai Tapak Rezab Biosfera UNESCO yang pertama di Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, kawasan itu terpilih dicadangkan bagi pengikhtirafan antarabangsa kerana ada alam sekitar yang masih terpelihara dan aktiviti eko pelancongan serta nilai sosio dan kebudayaan yang tinggi.
“Dengan pengikhtirafan antarabangsa ini penduduk setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berpeluang mendapatkan dana bagi pembangunan lestari,”katanya.
Beliau berkata demikiwn ketika merasmikan Program Kesedaran Awam – Ekonomi Hijau dan Pembangunan Lestari di Tapak Cadangan Biosfera UNESCO di CENTEXS Lundu, di sini, hari ini.
Hadir sama, Wakil Pengarah Hutan Negeri Sarawak,Abdul Wahab Ahmad dan Wakil Setiausaha Majlis Daerah Lundu (MDL) Justin Charles.